1. Golongan yang ilmunya melebihi tahap yang kita miliki, maka bersyukurlah kerana kita mempunyai guru yang boleh menegur, membimbing, dan menjadi tempat rujukan serta boleh membetulkan kita ketika tersasar.
2. Golongan yang ilmunya sama taraf dengan kita, maka bersyukurlah kerana kita mempunyai rakan yang boleh berbincang dan sama-sama mendorong untuk mencari kebenaran.
3. Golongan yang ilmunya berada di bawah kita, maka bersyukurlah kerana kita mempunyai peluang untuk membimbingnya dengan ilmu yang kita miliki, menegur atau membetulkan rakan kita, mudah-mudahan menjadi kebajikan. Jangan memandang rendah kepada yang kurang apatah lagi menghina.
Akhlak yang baik, tidak pernah berasa diri ada kelebihan sehingga meletakkan orang lain sentiasa di bawah. Ketakwaan yang dipandang Allah. Fikir sejenak...
1 comment:
Salam sahabatku.
Kekadang orang melihat status ilmu seseorang dari sijil atau diplomanya, atau Ph.D dan segala pengiktirafan lain. Hakikatnya, ilmu Allah itu Maha Luas dan tidak terhad kepada ijazah atau Master.
Seorang nelayan, ilmu lautannya lebih daripada seorang Profesor Madya. Mungkin dia tiada ijazah, tetapi pengalamannya menjadikan dia seorang pakar ilmu laut.
Seorang tukang kayu, boleh membina rumah yang kemas berbanding seorang guru berijazah.
Tamsilan di atas, sebagai perumpamaan yang menjelaskan betapa persahabatan tidak perlu dihadkan kepada kumpulan tertentu.
Semoga kita tetap bersahabat,.. AMIN..
Post a Comment