Lama rasanya tak ke Langkawi. Tiba-tiba surat jemputan ke Langkasuka, Langkawi, untuk bermesyuarat. Antara suka nak pergi dengan nak tolak, aku gagahi juga. Bermula dengan terlepas bot pukul 4.30. Bot berikutnya pukul 6.00. Akhir aku sampai ke Langkawi lenih kurang 7.20. Naik teksi ke Hotel Langkasuka. 7.30 makan malam, naik bilik, rehat seketika, taklimat bermula 8.30 malam. Sedikit ceramah, perasmian, bersurai dan minum malam. Maka, malam ini bermalam di Hotel Langkasuka.
Mendung pada waktu pagi
Mendung pada waktu pagi
Dataran Helang
Hari kedua (6.8.10) selesai mesyuarat hampir-hampir pukul 5, minumpetang dan bercadang ke Gunung Mat Chinchang. Nak naik kereta kabellah konon-kononnya. Lepas Asar, arah Gunung Mat Chinchang nampak gelap saja. Aku ambil keputusan telefon pusat operasi kalau-kalau operasi kereta kabel dihentikan. Jawapan pita rakam meminta kita menekan nombor 1 kalau mahu tahu tentang operasi kereta kabel. Lembut sambutan petugas yang melayan panggilan, "Ya, encik, operasi kereta kabel terpaksa dihentikan. Cuaca buruk." Aku terima dengan senang hati. Kemudian aku telefon rakan yang sama-sama hendak ke sana. Rancangan itu batal. Di luar hotel hujan sudah mula turun.
Sudah nak balik. Moga ada kesempatan untuk berkunjung lagi.
No comments:
Post a Comment