Wednesday, July 14, 2010

Bukit Ketri






Setelah sekian lama terperam, aku teruang masa untuk mencatat sesuatu. Bukit Ketri, pekan kecil yang akan berubah wajah. Dulu hanya ada sebuah stesen kereta api yang terletak antara Padang Besar dengan Arau. Dulu-dulu (waktu masih kecil) stesen kereta api menjadi hentian kepada pembeli-pembeli beras Siam. Waktu itu beras-beras siam dibawa masuk untuk diniagakan. Bahasa mudah, beras seludup atau pelari beras. UPP juga akan berkampung di stesen ini pada waktu-waktu tertentu. Dua kali sehari kereta api dari Padang Besar singgah di Stesen Bukit Ketri. Pukul dua dan pukul empat atau lima. Untuk mengelakkan kes penyeludupan beras berterusan, stesen ini tidak digunakan dan sekadar perantara Arau dengan Padang Besar. Hari ini stesen ini hanya tinggal tapak sahaja. Itupun sudah dikorek untuk pembinaan landasan berkembar.
Jalan-jalan yang dilalui seperti biasa juga sudah ditutup. Anak-anak ke sekolah terpaksa melalui jalan jauh. Bapa-bapa yang hendak ke masjid juga kena ikut jalan jauh. Jalan jauh bukan masalah sebenar, terutama kepada anak-anak yang hendak ke sekolah. Penggunaan jalan besar melalui jambatan kereta api sedikit mengundang bahaya. Kenderaan besar keluar masuk lebih membahayakan pelajar sekolah, khususnya pelajar sekolah rendah. Lintasan pada tempat asal, khabarnya akan diganti dengan lintasan baru tetapi agak jauh daripada tempat itu. Jaraknya hampir dengan kampung sebelah dalam. Anak-anak dari arah Taman Angsana, Taman Emas dan sekitarnya terpaksa melalui jalan utama yang banyak kenderaan besar serta boleh mendatangkan kemalangan. Pihak berkenaan perlu memikirkan alternatif yang memudahkan semua pihak. Cuma, jangan proses pembangunan mengabaikan keselamatan sehingga membahayakan banyak pihak.

No comments:

Insan Kerdil

Tahun baru menjelma lagi bermakna usia kita makin berkurangan, selangkah lagi kita menghampiri perkuburan. Tuntutan dalam kehidupan perlu dipenuhi sebaik mungkin. Pada masa yang sama kita tidak perlu lupa yang usia kian dimamah waktu yang tidak menunggu sesiapa. Dalam mengejar kehidupan dunia sesekali kita terlupa yang kita ini insan kerdil apatah lagi ada waktu-waktunya kita didakap rasa ego yang meninggi. Itulah insan. Penuh dengan kelemahan dan sentiasa perlu didik hatinya dengan menggunakan akal dan iman untuk kembali kepada asal manusiawi.
Manusia merupakan sebaik-baik kejadian tetapi manusia juga boleh menjadi seburuk-buruk kejadian akibat daripada tingkah laku, sikap, dan perbuatan terhadap orang lain. Tidak ada manusia dalam kelompok haiwan tetapi terdapatnya haiwan dalam kelompok manusia. Renung-renungkanlah agar mendatang manfaat kepada kita. Oleh itu dalam usia yang terbatas ini, terasa usia yang dimiliki tidak sepanjang mana untuk mencari bekal bagi menghadapi pelayaran yang cukup panjang nanti.
Perjalanan yang jauh dengan bekal yang sedikit sudah tentu mengundang sengsara yang berpanjangan, apatah lagi dalam hidup ini kita tidak mencari bekal yang banyak hanya dengan alasan sibuk dan terlalu sibuk (barangkali aku juga). Oleh itu marilah kita sama-sama mengingati Allah dan berusaha untuk menjadi sebaik-baik hamba dengan usia yang ada, Insya-Allah.

Ciptaan Agung

Ciptaan Agung
Keindahan alam dan kekuasaan Yang Maha Esa - Senja di Langkawi

Musim Sekolah

Kunjungan tahun baru biasanya menjadikan ibu bapa sibuk bersiap sedia untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu, semestinya ibu bapa menghadapi tekanan kewangan apatah lagi bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Tuntutan itu menjadikan ibu bapa terpaksa berkorban dan bekerja keras untuk memenuhi keperluan anak-anak. Barangkali bagi yang kurang berada mengharapkan anak-anak mengerti agar dapat menghargai pengorbanan ibu bapa dan yang benar-benar mampu diberikan ialah pelajaran untuk menjamin masa depan. Oleh itu anak-anak perlu insaf agar tidak mengsia-siakan pengorbanan ibu bapa.
Dalam menghitung perbelanjaan persekolahan anak-anak, ibu dan ayah akan melakukan apa-apa sahaja asalkan kelengkapan anak-anak dapat disediakan. Mak ayah yang mempunyai bilangan zuriat yang ramai semestinya terpaksa menanggung lebih jumlah perbelanjaan yang diperlukan. Bayangkan sekiranya mempunyai 7 atau 8 atau 9 orang anak, dan paling kurang 5 atau 6 anak sudah bersekolah. Dianggarkan seorang anak akan menggunakan perbelajaan untuk baju, seluar, stokin, kasut, beg, buku, dan bayaran tambahan persekolahan (dulu yuran, sekarang ni ubah nama saja, konsepnya sama) dalam lingkungan RM300. Banyak yang perlu disediakan apabila musim persekolahan bermula.

Alam untuk direnung

Alam untuk direnung
Hidup memerlukan renungan