Wednesday, April 7, 2010

Harum Manis Kembali

Di ladang Harum Manis

Harum Manis

Masih di pokok

Setelah sekian lama aku meninggalkan laman blog ini, tiba-tiba teringat untuk menuliskan sesuatu. Memang lama aku tinggalkan lama blog ini. Terkadang terasa tidak ada isu yang boleh dicoretkan dan ditambah lagi dengan hambatan waktu yang tidak pernah putus-putus. Aku meminggirkan seketika ruang ini. Rindu untuk mencoret tetap ada cuma tidak terlalu tebal mungkin.
Terima kasih kepada rakan-rakan dan sesiapa yang bertandang ke blog ini. Kali ini dengan coretan musim Harum Manis kembali. Mempelam Harum Manis semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar mempelam. Seingat aku, bermula dengan harga RM1.80 sekilo, RM2.50, RM3.50, RM4.50, RM6.00, RM7,00, RM8.00, RM9,00, malah RM10.00, RM11.00 tidak menjadi halangan kepada pembeli yang pernah menikmati Harum Manis. Jangan terkejut sekiranya ada yang menjual dengan RM12, RM13, dan RM14.00 sekilogram. Seingat aku, harga itu tidak pernah turun-turun. Malahan ada ungkapan yang mengatakan, musim ini Harum Manis seperti ketul emas.
Kepada penanam dan pemilik ladang Harum Manis inilah musim yang menyenangkan, senyum berpanjangan setelah berusaha sepanjang tahun. Hasilnya dinikmati dalam tempoh yang singkat antara 1 hingga 2 bulan sahaja. Selebihnya tuan punya ladang akan melakukan rawatan dan penjagaan. Kos rawatan agak tinggi dan penjagaan juga agak rapi, berbaloi dengan pulangan yang diterima. Alhamdulillah, pemberian Allah kepada hamba yang berusaha.
Pada musim ini juga, bukan sahaja Harum Manis yang menjadi, mempelam lain juga turut sama menjadi. Antara spesies mempelam yang ada termasuklah Sala, Nam Dok Mai, dan Chok Kanan.


Sala

Nam Dok Mai

Chok Kanan

Oleh itu, janganlah tertipu antara Harum Manis, Sala, Nam Dok Mai, dan Chok Kanan. Marilah sama-sama mensyukuri nikmat yang dianugerahkan oleh Yang Maha Esa.

No comments:

Insan Kerdil

Tahun baru menjelma lagi bermakna usia kita makin berkurangan, selangkah lagi kita menghampiri perkuburan. Tuntutan dalam kehidupan perlu dipenuhi sebaik mungkin. Pada masa yang sama kita tidak perlu lupa yang usia kian dimamah waktu yang tidak menunggu sesiapa. Dalam mengejar kehidupan dunia sesekali kita terlupa yang kita ini insan kerdil apatah lagi ada waktu-waktunya kita didakap rasa ego yang meninggi. Itulah insan. Penuh dengan kelemahan dan sentiasa perlu didik hatinya dengan menggunakan akal dan iman untuk kembali kepada asal manusiawi.
Manusia merupakan sebaik-baik kejadian tetapi manusia juga boleh menjadi seburuk-buruk kejadian akibat daripada tingkah laku, sikap, dan perbuatan terhadap orang lain. Tidak ada manusia dalam kelompok haiwan tetapi terdapatnya haiwan dalam kelompok manusia. Renung-renungkanlah agar mendatang manfaat kepada kita. Oleh itu dalam usia yang terbatas ini, terasa usia yang dimiliki tidak sepanjang mana untuk mencari bekal bagi menghadapi pelayaran yang cukup panjang nanti.
Perjalanan yang jauh dengan bekal yang sedikit sudah tentu mengundang sengsara yang berpanjangan, apatah lagi dalam hidup ini kita tidak mencari bekal yang banyak hanya dengan alasan sibuk dan terlalu sibuk (barangkali aku juga). Oleh itu marilah kita sama-sama mengingati Allah dan berusaha untuk menjadi sebaik-baik hamba dengan usia yang ada, Insya-Allah.

Ciptaan Agung

Ciptaan Agung
Keindahan alam dan kekuasaan Yang Maha Esa - Senja di Langkawi

Musim Sekolah

Kunjungan tahun baru biasanya menjadikan ibu bapa sibuk bersiap sedia untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu, semestinya ibu bapa menghadapi tekanan kewangan apatah lagi bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Tuntutan itu menjadikan ibu bapa terpaksa berkorban dan bekerja keras untuk memenuhi keperluan anak-anak. Barangkali bagi yang kurang berada mengharapkan anak-anak mengerti agar dapat menghargai pengorbanan ibu bapa dan yang benar-benar mampu diberikan ialah pelajaran untuk menjamin masa depan. Oleh itu anak-anak perlu insaf agar tidak mengsia-siakan pengorbanan ibu bapa.
Dalam menghitung perbelanjaan persekolahan anak-anak, ibu dan ayah akan melakukan apa-apa sahaja asalkan kelengkapan anak-anak dapat disediakan. Mak ayah yang mempunyai bilangan zuriat yang ramai semestinya terpaksa menanggung lebih jumlah perbelanjaan yang diperlukan. Bayangkan sekiranya mempunyai 7 atau 8 atau 9 orang anak, dan paling kurang 5 atau 6 anak sudah bersekolah. Dianggarkan seorang anak akan menggunakan perbelajaan untuk baju, seluar, stokin, kasut, beg, buku, dan bayaran tambahan persekolahan (dulu yuran, sekarang ni ubah nama saja, konsepnya sama) dalam lingkungan RM300. Banyak yang perlu disediakan apabila musim persekolahan bermula.

Alam untuk direnung

Alam untuk direnung
Hidup memerlukan renungan