Friday, August 19, 2011

Rezeki

Rezeki tidak dapat dijangka. Allah memberi pada bila-bila masa, dan boleh ditarik pada bila-bila masa. Yang bukan rezeki kita pun kita tidak boleh menjangkakan. Dijadikan cerita, petang kelmarin dedak ikan hampir habis. Mahu atau tidak mesti keluar membeli. Esok tidak ada lagi untuk dibagi makan. Gegas-gegas tukar baju terus ke kedai dedak ikan. Sesampai di kedai, tuan punya kedai, isteri, dan pekerja membelek ikan jelawat yang baru dibawa balik. Hasil daripada pancing di kolam. Kalau tak silap ada lima ekor, besar-besar.


"Bos, mau jual ?"


"Encik mau ka?"


"Berapa bos nak jual?"


"Encik angkat la, bagi lima ringgit cukup la..."


"Bayar duit pi kolam saja," sampuk isteri tuan punya kedai.


Aku pun tidak berfikir panjang.


"Boleh la bos," (wal hal aku sendiri tak tau harga jualan ikan jelawat, beratnya sekilo).


Benarlah, rezeki yang mendatang kita tidak tahu. Wang di dalam poket itu belum tentu lagi rezeki kita. Boleh jadi hak orang lain, hanya singgah sebentar sahaja ke poket kita, atau pun tumpang di dalam akaun sahaja. Kemudian pindah ke akaun orang lain. Boleh jadi dapat duit raya setengah bulan gaji, komputer rosak, kipas angin perlu diganti, mesin basuh rosak pengering, kereta pun minta duit dan macam-macam lagi. Kesimpulannya, kita perlu bersyukur dengan apa-apa yang dimiliki apatah lagi dengan nikmat kesihatan yang tidak ternilai, dan kesejahteraan hidup yang ada berbanding dengan orang lain. Insafi keadaan yang ada, beringat semasa ada.

2 comments:

Pengurus Blog ( zaa ) said...

well done, insaf sat..

Brahim Nyior said...

Salam bro Dyamim,

Teman setuju bebenor ayat mike pada kesimpulan akhir tu..

"Benarlah, rezeki yang mendatang kita tidak tahu. Wang di dalam poket itu belum tentu lagi rezeki kita. Boleh jadi hak orang lain, hanya singgah sebentar sahaja ke poket kita, atau pun tumpang di dalam akaun sahaja. Kemudian pindah ke akaun orang lain. Boleh jadi dapat duit raya setengah bulan gaji, komputer rosak, kipas angin perlu diganti, mesin basuh rosak pengering, kereta pun minta duit dan macam-macam lagi. Kesimpulannya, kita perlu bersyukur dengan apa-apa yang dimiliki apatah lagi dengan nikmat kesihatan yang tidak ternilai, dan kesejahteraan hidup yang ada berbanding dengan orang lain. Insafi keadaan yang ada, beringat semasa ada."

Insan Kerdil

Tahun baru menjelma lagi bermakna usia kita makin berkurangan, selangkah lagi kita menghampiri perkuburan. Tuntutan dalam kehidupan perlu dipenuhi sebaik mungkin. Pada masa yang sama kita tidak perlu lupa yang usia kian dimamah waktu yang tidak menunggu sesiapa. Dalam mengejar kehidupan dunia sesekali kita terlupa yang kita ini insan kerdil apatah lagi ada waktu-waktunya kita didakap rasa ego yang meninggi. Itulah insan. Penuh dengan kelemahan dan sentiasa perlu didik hatinya dengan menggunakan akal dan iman untuk kembali kepada asal manusiawi.
Manusia merupakan sebaik-baik kejadian tetapi manusia juga boleh menjadi seburuk-buruk kejadian akibat daripada tingkah laku, sikap, dan perbuatan terhadap orang lain. Tidak ada manusia dalam kelompok haiwan tetapi terdapatnya haiwan dalam kelompok manusia. Renung-renungkanlah agar mendatang manfaat kepada kita. Oleh itu dalam usia yang terbatas ini, terasa usia yang dimiliki tidak sepanjang mana untuk mencari bekal bagi menghadapi pelayaran yang cukup panjang nanti.
Perjalanan yang jauh dengan bekal yang sedikit sudah tentu mengundang sengsara yang berpanjangan, apatah lagi dalam hidup ini kita tidak mencari bekal yang banyak hanya dengan alasan sibuk dan terlalu sibuk (barangkali aku juga). Oleh itu marilah kita sama-sama mengingati Allah dan berusaha untuk menjadi sebaik-baik hamba dengan usia yang ada, Insya-Allah.

Ciptaan Agung

Ciptaan Agung
Keindahan alam dan kekuasaan Yang Maha Esa - Senja di Langkawi

Musim Sekolah

Kunjungan tahun baru biasanya menjadikan ibu bapa sibuk bersiap sedia untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu, semestinya ibu bapa menghadapi tekanan kewangan apatah lagi bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Tuntutan itu menjadikan ibu bapa terpaksa berkorban dan bekerja keras untuk memenuhi keperluan anak-anak. Barangkali bagi yang kurang berada mengharapkan anak-anak mengerti agar dapat menghargai pengorbanan ibu bapa dan yang benar-benar mampu diberikan ialah pelajaran untuk menjamin masa depan. Oleh itu anak-anak perlu insaf agar tidak mengsia-siakan pengorbanan ibu bapa.
Dalam menghitung perbelanjaan persekolahan anak-anak, ibu dan ayah akan melakukan apa-apa sahaja asalkan kelengkapan anak-anak dapat disediakan. Mak ayah yang mempunyai bilangan zuriat yang ramai semestinya terpaksa menanggung lebih jumlah perbelanjaan yang diperlukan. Bayangkan sekiranya mempunyai 7 atau 8 atau 9 orang anak, dan paling kurang 5 atau 6 anak sudah bersekolah. Dianggarkan seorang anak akan menggunakan perbelajaan untuk baju, seluar, stokin, kasut, beg, buku, dan bayaran tambahan persekolahan (dulu yuran, sekarang ni ubah nama saja, konsepnya sama) dalam lingkungan RM300. Banyak yang perlu disediakan apabila musim persekolahan bermula.

Alam untuk direnung

Alam untuk direnung
Hidup memerlukan renungan