Sunday, November 14, 2010

Perkongsian atau Persaingan









Adakah dalam hidup ini ada perkongsian atau persaingan?


Friday, November 5, 2010

Wednesday, November 3, 2010

Empangan Timah Tasoh




Timah Tasoh


Sumber rezeki

Di pintu empangan


Pintu empangan


Kerjasama


Cerita banjir di mana-mana. Mangsa banjir yang dipindahkan kian meningkat. Aku tergerak hati untuk membawa keluarga ke Emapangan Timah Tasoh. Enam pintu air dibuka dan ada yang melimpah di atas pintu air tersebut. Hujan sejak Sabtu pagi sudah berhenti. Banyak juga yang berkunjung ke situ, terutama yang membawa anak-anak kecil untuk melihat empangan yang dipenuhi air.

Ditebing-tebing sungai berdekatan dengan empangan terdapat beberapa orang yang menjala ikan. Rezeki Allah Ta'ala kurniakan kepada makhluk-Nya yang mahu berusaha. Pergerakan air di pintu empangan cukup kuat walaupun permukaan empangan nampak tenang. Hujan sudah berhenti tetapi di kawasan hilir air semakin naik berpunca daripada air di hulu yang semakin turun ke arah sana. Dugaan Allah pada awal November 2010.

Karnival Bola Tampar Bawah 16 Tahun

Johan - MATRI

Naib Johan - SMK Padang Besar Utara

Ketiga - SMK Dato' Jaafar Hassan

Selepas pertandingan akhir - Matri dan SMK Padang Besar Utara

Matri
SMK Syed Alwi - Ketiga

SMK Dato' Jaafar Hassan - Ketiga

SMK Kuala Perlis

SMK Putra

SMK Padang Besar Utara - Naib Johan

Pada 31 Oktober 2010 (Ahad) karnival ini dilangsungkan dari pagi hingga ke petang di Dewan Terbuka SMK Dato' Jaafar ditemani hujan sepanjang kejohanan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Hujan yang sesekali lebat menyebabkan air menitis dari bumbung dewan di beberapa kawasan yang tiris. Penyertaan kategori lelaki sebanyak enam pasukan, iaitu Matri, SMK Dato' Jaafar Hassan, dan SMK Putra dalam kumpulan A, manakala SMK Syed Alwi, SMK Padang Besar Utara, dan SMK Kuala Perlis dalam Kumpulan B.Johan disandang Matri yang mengalahkan SMK Padang Besar Utara. Tempat ketiga disandang oleh SMK Dato' Jaafar Hassan dan SMK Syed Alwi. Hadiah disampaikan oleh En Radzi daripada MRSM Beseri.
SMK Derma - Johan
MRSM - Naib Johan

SMK Dato' Jaafar Hassan - Ketiga

SMK Derma - Johan
MRSM - Naib Johan
SMK Dato' Jaafar Hassan - Ketiga

SMK Dato' Jaafar Hassan
SMK Padang Besar Utara

Kategori perempuan disetai oleh SMK Derma, SMK Dato' Jaafar Hassan, dan SMK PadangBesar Utara dalam Kumpulan X, manakala MRSM Beseri, SMK Syed Hassan, SMK Syed Alwi dalam Kumpulan Y. Johan bagi kategori perempuan ialah SMK Derma dan Niab Johan MRSM Beseri. Tempat ketiga disandang oleh SMK Dato' Jaafar Hassan dan SMK Syed Hassan. Tahniah kepada pemenang dan tahniah sekali lagi kepada penganjur. Penyampaian hadiah bagi ketegori perempuan disempurnakan oleh Puan Farah daripada SMK Derma.

Karnival Bola Tampar Bawah 11 Tahun

Majlis penyampaian hadiah
SK Seri Tunjung - Johan

SK Kampung Salang - Naib Johan

SK Oran

SRJK Chung Hun

SK Kampung Salang - Johan

SK Seri Indra - Naib Johan

SK Seri Tunjung

Majlis penutup

SK Kampung Salang

SK Oran

SK Seri Tunjung

SK Seri Tunjung

SK Seri Indra

Sk Kampung Salang

SRJK Chung Hun

Karnival ini disertai beberapa buah sekolah dan berjalan lancar mengikut jadual yang dirancang. Karnival dilangsungkan di Dewan Terbuka SMK Dato' Jaafar Hassan, Bukit Keteri, Perlis. Tahniah kepada pihak penganjur, terutama Encik Mohiding dan barisan pengadil yang bertugas sepanjang karnival dilangsungkan. Tahniah juga kepada peserta-peserta dan guru-guru yang memberi komitmen tinggi. Johan kategori lelaki disandang oleh SK Tunjong dan Naib Johan SK Kampung Salang. Manakala kategori perempuan Johan disandang oleh SK Kampung Salang dan Naib Johan oleh Sk Seri Indera. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh En Roslili, PK Kokurikulum SK Seri Indera.

Insan Kerdil

Tahun baru menjelma lagi bermakna usia kita makin berkurangan, selangkah lagi kita menghampiri perkuburan. Tuntutan dalam kehidupan perlu dipenuhi sebaik mungkin. Pada masa yang sama kita tidak perlu lupa yang usia kian dimamah waktu yang tidak menunggu sesiapa. Dalam mengejar kehidupan dunia sesekali kita terlupa yang kita ini insan kerdil apatah lagi ada waktu-waktunya kita didakap rasa ego yang meninggi. Itulah insan. Penuh dengan kelemahan dan sentiasa perlu didik hatinya dengan menggunakan akal dan iman untuk kembali kepada asal manusiawi.
Manusia merupakan sebaik-baik kejadian tetapi manusia juga boleh menjadi seburuk-buruk kejadian akibat daripada tingkah laku, sikap, dan perbuatan terhadap orang lain. Tidak ada manusia dalam kelompok haiwan tetapi terdapatnya haiwan dalam kelompok manusia. Renung-renungkanlah agar mendatang manfaat kepada kita. Oleh itu dalam usia yang terbatas ini, terasa usia yang dimiliki tidak sepanjang mana untuk mencari bekal bagi menghadapi pelayaran yang cukup panjang nanti.
Perjalanan yang jauh dengan bekal yang sedikit sudah tentu mengundang sengsara yang berpanjangan, apatah lagi dalam hidup ini kita tidak mencari bekal yang banyak hanya dengan alasan sibuk dan terlalu sibuk (barangkali aku juga). Oleh itu marilah kita sama-sama mengingati Allah dan berusaha untuk menjadi sebaik-baik hamba dengan usia yang ada, Insya-Allah.

Ciptaan Agung

Ciptaan Agung
Keindahan alam dan kekuasaan Yang Maha Esa - Senja di Langkawi

Musim Sekolah

Kunjungan tahun baru biasanya menjadikan ibu bapa sibuk bersiap sedia untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu, semestinya ibu bapa menghadapi tekanan kewangan apatah lagi bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Tuntutan itu menjadikan ibu bapa terpaksa berkorban dan bekerja keras untuk memenuhi keperluan anak-anak. Barangkali bagi yang kurang berada mengharapkan anak-anak mengerti agar dapat menghargai pengorbanan ibu bapa dan yang benar-benar mampu diberikan ialah pelajaran untuk menjamin masa depan. Oleh itu anak-anak perlu insaf agar tidak mengsia-siakan pengorbanan ibu bapa.
Dalam menghitung perbelanjaan persekolahan anak-anak, ibu dan ayah akan melakukan apa-apa sahaja asalkan kelengkapan anak-anak dapat disediakan. Mak ayah yang mempunyai bilangan zuriat yang ramai semestinya terpaksa menanggung lebih jumlah perbelanjaan yang diperlukan. Bayangkan sekiranya mempunyai 7 atau 8 atau 9 orang anak, dan paling kurang 5 atau 6 anak sudah bersekolah. Dianggarkan seorang anak akan menggunakan perbelajaan untuk baju, seluar, stokin, kasut, beg, buku, dan bayaran tambahan persekolahan (dulu yuran, sekarang ni ubah nama saja, konsepnya sama) dalam lingkungan RM300. Banyak yang perlu disediakan apabila musim persekolahan bermula.

Alam untuk direnung

Alam untuk direnung
Hidup memerlukan renungan