Wednesday, August 11, 2010

Benarkah wahai 'Tokke'

Tiba-tiba heboh tentang 'Tokke' yang tidak ada nilai sebelum ini mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi, malahan boleh mencecah nilai puluhan ribu. Benarkah sebegitu tinggi nilainya? Apa pula kegunaannya? Segalanya diselubungi persoalan. Harga pula ditentukan mengikut berat timbangan berat Tokke itu. Beruntunglah Tokke yang kian pupus itu tiba-tiba mempunyai harga diri yang mahal. Tokke yang ditamatkan riwayatnya pada Februari 2010. Berada di dalam rumah dan dikatakan gigitannya berbisa. Demi menjaga keselamatan anak-anak, itu saja jalan yang ada.

Sunday, August 8, 2010

Bintang Nasyid Mu'min

Pentas Utama

Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min diadakan di Kompleks Budaya Negara Negeri Perlis pada 7 Ogos 2010. Sebanyak 7 kumpulan mengambil bahagian dengan dijurikan kumpulan nasyid Mustika. Penontonnya tidaklah begitu ramai, banyak kerusi yang tidak terisi. Kebanyakan yang hadir ibu bapa yang memberi sokongan kepada anak-anak. Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min memang patut dipuji dan perlu diteruskan. Selain daripada hadiah johan, naib johan, dan tempat ketiga, turut diberikan bagi kategori kostum terbaik, vokal lelaki terbaik, dan vokal perempuan terbaik. Secara keseluruhannya boleh dikatakan berjalan dengan lancar cuma sistem bunyi yang sedikit mengganggu. Kekadang suara peserta tenggelam dan timbul, ada waktu terlalu tinggi serta mic berdesing. Akan datang keadaan ini perlu diberi perhatian.

Kumpulan nasyid Mustika selaku juri pertandingan
YB Tuan Japrey - ucapan dan perasmian penutup

Majlis penyampaian hadiah

Tempat ketiga

Naib johan

Johan Bintang Nasyid Mu'min Negeri Perlis 2010

Thursday, August 5, 2010

Bermalam di Langkasuka

Lama rasanya tak ke Langkawi. Tiba-tiba surat jemputan ke Langkasuka, Langkawi, untuk bermesyuarat. Antara suka nak pergi dengan nak tolak, aku gagahi juga. Bermula dengan terlepas bot pukul 4.30. Bot berikutnya pukul 6.00. Akhir aku sampai ke Langkawi lenih kurang 7.20. Naik teksi ke Hotel Langkasuka. 7.30 makan malam, naik bilik, rehat seketika, taklimat bermula 8.30 malam. Sedikit ceramah, perasmian, bersurai dan minum malam. Maka, malam ini bermalam di Hotel Langkasuka.
Mendung pada waktu pagi
Dataran Helang
Hari kedua (6.8.10) selesai mesyuarat hampir-hampir pukul 5, minumpetang dan bercadang ke Gunung Mat Chinchang. Nak naik kereta kabellah konon-kononnya. Lepas Asar, arah Gunung Mat Chinchang nampak gelap saja. Aku ambil keputusan telefon pusat operasi kalau-kalau operasi kereta kabel dihentikan. Jawapan pita rakam meminta kita menekan nombor 1 kalau mahu tahu tentang operasi kereta kabel. Lembut sambutan petugas yang melayan panggilan, "Ya, encik, operasi kereta kabel terpaksa dihentikan. Cuaca buruk." Aku terima dengan senang hati. Kemudian aku telefon rakan yang sama-sama hendak ke sana. Rancangan itu batal. Di luar hotel hujan sudah mula turun.

Sudah nak balik. Moga ada kesempatan untuk berkunjung lagi.

Insan Kerdil

Tahun baru menjelma lagi bermakna usia kita makin berkurangan, selangkah lagi kita menghampiri perkuburan. Tuntutan dalam kehidupan perlu dipenuhi sebaik mungkin. Pada masa yang sama kita tidak perlu lupa yang usia kian dimamah waktu yang tidak menunggu sesiapa. Dalam mengejar kehidupan dunia sesekali kita terlupa yang kita ini insan kerdil apatah lagi ada waktu-waktunya kita didakap rasa ego yang meninggi. Itulah insan. Penuh dengan kelemahan dan sentiasa perlu didik hatinya dengan menggunakan akal dan iman untuk kembali kepada asal manusiawi.
Manusia merupakan sebaik-baik kejadian tetapi manusia juga boleh menjadi seburuk-buruk kejadian akibat daripada tingkah laku, sikap, dan perbuatan terhadap orang lain. Tidak ada manusia dalam kelompok haiwan tetapi terdapatnya haiwan dalam kelompok manusia. Renung-renungkanlah agar mendatang manfaat kepada kita. Oleh itu dalam usia yang terbatas ini, terasa usia yang dimiliki tidak sepanjang mana untuk mencari bekal bagi menghadapi pelayaran yang cukup panjang nanti.
Perjalanan yang jauh dengan bekal yang sedikit sudah tentu mengundang sengsara yang berpanjangan, apatah lagi dalam hidup ini kita tidak mencari bekal yang banyak hanya dengan alasan sibuk dan terlalu sibuk (barangkali aku juga). Oleh itu marilah kita sama-sama mengingati Allah dan berusaha untuk menjadi sebaik-baik hamba dengan usia yang ada, Insya-Allah.

Ciptaan Agung

Ciptaan Agung
Keindahan alam dan kekuasaan Yang Maha Esa - Senja di Langkawi

Musim Sekolah

Kunjungan tahun baru biasanya menjadikan ibu bapa sibuk bersiap sedia untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu, semestinya ibu bapa menghadapi tekanan kewangan apatah lagi bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Tuntutan itu menjadikan ibu bapa terpaksa berkorban dan bekerja keras untuk memenuhi keperluan anak-anak. Barangkali bagi yang kurang berada mengharapkan anak-anak mengerti agar dapat menghargai pengorbanan ibu bapa dan yang benar-benar mampu diberikan ialah pelajaran untuk menjamin masa depan. Oleh itu anak-anak perlu insaf agar tidak mengsia-siakan pengorbanan ibu bapa.
Dalam menghitung perbelanjaan persekolahan anak-anak, ibu dan ayah akan melakukan apa-apa sahaja asalkan kelengkapan anak-anak dapat disediakan. Mak ayah yang mempunyai bilangan zuriat yang ramai semestinya terpaksa menanggung lebih jumlah perbelanjaan yang diperlukan. Bayangkan sekiranya mempunyai 7 atau 8 atau 9 orang anak, dan paling kurang 5 atau 6 anak sudah bersekolah. Dianggarkan seorang anak akan menggunakan perbelajaan untuk baju, seluar, stokin, kasut, beg, buku, dan bayaran tambahan persekolahan (dulu yuran, sekarang ni ubah nama saja, konsepnya sama) dalam lingkungan RM300. Banyak yang perlu disediakan apabila musim persekolahan bermula.

Alam untuk direnung

Alam untuk direnung
Hidup memerlukan renungan