Wednesday, September 23, 2009

Reunion SMD 84-88





Selepas 21 tahun berlalu, kenangan bersama-sama rakan sepembelajaran di Sekolah Menengah Derma (sekarang SMK Derma) kembali terjelma setelah bertemu di Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis. Terlebih dahulu, syukur Alhamdulillah dan tahniah kepada jawatankuasa yang bersungguh-sungguh mengusahakan pertemuan ini sehingga berjaya. Kehadiran mantan pengetua, Datuk Hj Othman Mat dan menyampaikan ucapan amat membanggakan bekas-bekas pelajar. Juga membanggakan apabila begitu ramai guru yang turut serta biarpun sudah ada yang berpencen. Tidak ada lain perkataan selain terima kasih buat cikgu yang akhirnya mengorangkan kami.
Sesungguhnya, jangka masa 21 tahun itu bukanlah jangka masa yang terlalu panjang untuk dilupai semua peristiwa yang dialami. Sesungguhnya juga 21 tahun itu bukanlah satu jangka masa yang terlalu pendek untuk diingati semua peristiwa sewaktu di SMD. Segalanya sudah menjadi nostalgia. Guru-guru yang masih setia di SMD dikhabarkan masih ada 6 orang sejak 1984 - 1988, iaitu Cikgu Shaharin Saad (PK1), Cikgu Norma Saad, Cikgu Hashim Abdullah, Cikgu Jesma Ariffin, Cikgu Zulkifli Majid, dan seorang lagi cikgu yang aku sendiri terlupa namanya (maaf).
Kehadiran rakan-rakan biarpun tidak semua (masing-masing sudah punyai komitmen yang banyak) namun sambutan yang ditunjukkan amat memberangsangkan. Terdapat insan yang hanya diingati pada wajah tetapi terlupa nama (termasuk aku), maka perlu bertanya secara terus atau berbisik dengan rakan-rakan. Setelah sejarak itu perjalanan hidup, rakanku menghalalkan hutang yang sudah tertunggak sejak di tingkatan tiga lagi. Barangkali dia juga sudah lupa, namun aku masih terhutang dan reunion itu melangsaikan hutang yang sekian lama. Tidak ada apa-apa lagi yang dapat digambarkan selain keriangan bersua dengan rakan-rakan setelah sekian lama tidak ketemu. Ya Allah, Kau jadikanlah pertemuan ini sebagai perintis jalan untuk mengeratkan silaturahim, mengukuh ukhwah sesama kami, dan janganlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang menimbulkan prasangka dan iri hati sesama kami. Jauhkanlah perasaan hasad sesama kami, mudah-mudahan pertemuan memberi manfaat yang sebaik-baiknya, amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA



Syawal menjelma lagi tandanya Ramadan meninggalkan kita. Dalam kegembiraan menyambut kedatangan Syawal dan kesedihan ditinggalkan Ramadan, marilah kita sama berdoa agar kita dipertemukan semula dengan Ramadan akan datang. Segalanya berkemungkinan, mudah-mudahan Ramadan ini bukan yang terakhir buat kita, Insya-Allah.
Kepada semua, sekiranya ada tersasul bicara terkasar bahasa, tersinggung jiwa di fahaman minda, ampun dipohon, maaf dipinta.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Monday, September 14, 2009

Santai Puasa

Suasana Psikologi Bulan Puasa








Sekadar santai-santai minda. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa baik yang hidup mahu pun yang sudah meninggal dunia. Dipetik daripada http://zul4kulim.blogspot.com/

Friday, September 11, 2009

Embun di Hujung Rumput








Sesuatu yang indah tetapi bertahan sekadar seketika. Mungkinkah inilah nilai cinta yang berteraskan kecantikan, harta dan nafsu?

Insan Kerdil

Tahun baru menjelma lagi bermakna usia kita makin berkurangan, selangkah lagi kita menghampiri perkuburan. Tuntutan dalam kehidupan perlu dipenuhi sebaik mungkin. Pada masa yang sama kita tidak perlu lupa yang usia kian dimamah waktu yang tidak menunggu sesiapa. Dalam mengejar kehidupan dunia sesekali kita terlupa yang kita ini insan kerdil apatah lagi ada waktu-waktunya kita didakap rasa ego yang meninggi. Itulah insan. Penuh dengan kelemahan dan sentiasa perlu didik hatinya dengan menggunakan akal dan iman untuk kembali kepada asal manusiawi.
Manusia merupakan sebaik-baik kejadian tetapi manusia juga boleh menjadi seburuk-buruk kejadian akibat daripada tingkah laku, sikap, dan perbuatan terhadap orang lain. Tidak ada manusia dalam kelompok haiwan tetapi terdapatnya haiwan dalam kelompok manusia. Renung-renungkanlah agar mendatang manfaat kepada kita. Oleh itu dalam usia yang terbatas ini, terasa usia yang dimiliki tidak sepanjang mana untuk mencari bekal bagi menghadapi pelayaran yang cukup panjang nanti.
Perjalanan yang jauh dengan bekal yang sedikit sudah tentu mengundang sengsara yang berpanjangan, apatah lagi dalam hidup ini kita tidak mencari bekal yang banyak hanya dengan alasan sibuk dan terlalu sibuk (barangkali aku juga). Oleh itu marilah kita sama-sama mengingati Allah dan berusaha untuk menjadi sebaik-baik hamba dengan usia yang ada, Insya-Allah.

Ciptaan Agung

Ciptaan Agung
Keindahan alam dan kekuasaan Yang Maha Esa - Senja di Langkawi

Musim Sekolah

Kunjungan tahun baru biasanya menjadikan ibu bapa sibuk bersiap sedia untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu, semestinya ibu bapa menghadapi tekanan kewangan apatah lagi bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Tuntutan itu menjadikan ibu bapa terpaksa berkorban dan bekerja keras untuk memenuhi keperluan anak-anak. Barangkali bagi yang kurang berada mengharapkan anak-anak mengerti agar dapat menghargai pengorbanan ibu bapa dan yang benar-benar mampu diberikan ialah pelajaran untuk menjamin masa depan. Oleh itu anak-anak perlu insaf agar tidak mengsia-siakan pengorbanan ibu bapa.
Dalam menghitung perbelanjaan persekolahan anak-anak, ibu dan ayah akan melakukan apa-apa sahaja asalkan kelengkapan anak-anak dapat disediakan. Mak ayah yang mempunyai bilangan zuriat yang ramai semestinya terpaksa menanggung lebih jumlah perbelanjaan yang diperlukan. Bayangkan sekiranya mempunyai 7 atau 8 atau 9 orang anak, dan paling kurang 5 atau 6 anak sudah bersekolah. Dianggarkan seorang anak akan menggunakan perbelajaan untuk baju, seluar, stokin, kasut, beg, buku, dan bayaran tambahan persekolahan (dulu yuran, sekarang ni ubah nama saja, konsepnya sama) dalam lingkungan RM300. Banyak yang perlu disediakan apabila musim persekolahan bermula.

Alam untuk direnung

Alam untuk direnung
Hidup memerlukan renungan